DIA mengusut-ngusutkan rambutnya itu. Sesekali kedengaran satu dengusan yang agak kasar darinya. Fikirannya pula serasa hendak marah sahaja tika ini. Namun, ditahannya jua amarahnya yang meluap-luap itu.
Haih! Kalau boleh mahu sahaja dia meninggalkan tempat ini sekarang. Bosan betul menghadap orang yang sibuk lalu-lalang ke sana-sini. Adoi! Memanglah orang sibuk lalu-lalang sebab tempat nihkan hospital. Hah! Ketara sangat bencinya tuh..
Haih! Kalau boleh mahu sahaja dia meninggalkan tempat ini sekarang. Bosan betul menghadap orang yang sibuk lalu-lalang ke sana-sini. Adoi! Memanglah orang sibuk lalu-lalang sebab tempat nihkan hospital. Hah! Ketara sangat bencinya tuh..
" Danny! "
Dia mengalihkan pandangannya tatkala terdengar satu suara yang agak biasa di pendengarannya. Air liurnya diteguk. Suaranya bagaikan tersekat sahaja di kerongkong. " Mummy and umi? What are you doing here? '' Soalnya kalut.
Datin Jovie menghwla nafas geram tatkala mendengar soalan Kbat yang disoal oleh anaknya itu. " Terangkan pada mummy apa sebenarnya yang jadi? Danny tau tak mummy risau bila tau perkara nih jadi? '' Datin Jovie menggelengkan kepalanya perlahan.
Lemah lututnya tatkala mendengar berita yang baru sahaja diketahuinya itu tadi.
Danial mengangguk laju. " Danny tau mummy. Actually, Danny pun tak tau apa perkara sebenarnya dan macam mana perkara nih boleh jadi." Danial cuba untuk membela dirinya pula.
Hajah Leya memandang Danial. " Aira macam mana Danny? Okey ke? '' Soal Hajah Leya pula terlalu ingin tahu. Danial menggelengkan kepalanya laju.
" Umi, Danny pun baru sampai. Doktor pun belum keluar lagi. " jawab Danial lembut. Cuba untuk menenangkan hati kedua-dua wanita itu.
' Shit! Macam mana perkara nih boleh jadi! Sumpah Aira, bila kau sembuh nanti. Habis kau! ' Bisik hati Danial geram. Kesal. Sakit hati.